Wednesday, 2 September 2015

Peta Lokasi Kampung


Kampung Sungai Kelambu merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Negeri Selangor, Malaysia. Dari pekan Banting menuju ke pantai Morib, kampung ini terletak di sebelah kiri jalan raya. Jika anda melepasi Hospital Banting, anda akan menemui simpang empat di mana terdapat lampu isyarat di situ. Anda juga akan nampak papan tanda ke Kampung Sungaig Kelambu di kiri jalan. Untuk pengetahuan anda juga berdekatan dengan simpang tersebut adalah rumah Haji Sidek iaitu bapa kepada bekas pemain badminton negara. Seterusnya anda perlu belok ke kiri untuk menuju kampung ini. Jarak ke Kampung Sungai Kelambu dari simpang tersebut kira-kira 8 km. Semasa anda menuju ke Kampung Sungai Kelambu, anda akan melalui 2 buah kampung iaitu Kampung Sungai Lang baru dan Kampung Sungai Lang Tengah.

No comments:

Post a Comment