Thursday, 10 September 2015

ASPEK 8 : BIRO AGAMA

ASPEK 8 : BIRO AGAMA

Tn. Haji Dimyati@Timmiati b. Saparman
( Pengerusi JKKKP)
Penasihat
Puan Hajjah Robeah bt. Haji Harun
Pengerusi
En.
Setiausaha
Ust. Zainuddin b. Mardini
Nazir Masjid

En. A.Shamsuddin b. A. Sariman
Pengerusi Surau Hj. Usap
En. Saadon b. Saarin
Pengerusi Surau Hj. Marzuki
En. Mohd. Jufri b. Toroji
Pengerusi Surau Hj. Badawi

             Carta Organisasi Biro Agama

          Biro Pengimarahan Masjid/Surau

1. Memastikan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah dapat dijalankan dengan baik dan betul.

2. Mengadakan kelas Tahsin al-Quran untuk semua lapisan masyarakat termasuk
    pegawai masjid dan surau.

3. Menyusun dan mengatur kelas-kelas takmir dengan cekap.

4. Memastikan ahli-ahli kariah dapat hadir beramai-ramai semasa diadakan kelas
    takmir dan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah.

5. Mengadakan kursus pengurusan jenazah dan penglibatan dalam tajhiz mayat
    dengan mengadakan tahlil, bacaan Yasin dan sebagainya.

6. Memastikan kehadiran pegawai-pegawai masjid dan surau, mengadakan jadual
    kehadiran dan menjaga rekod cuti pegawai.

7. Memastikan pegawai masjid dan surau menghadiri kursus-kursus atau bengkel
    yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Selangor.

8. Mengadakan program-program bagi menghidupkan bulan ramadhan seperti
    tadarus, berbuka puasa, tazkirah, qiamulail, khatam al-Quran dan sebagainya.

9. Memastikan tazkir, tarhim dan azan dilaungkan menepati masa dan waktu solat
    oleh pegawai masjid dan surau yang bertugas.


           Biro Rakan Muda Masjid

1. Mengadakan aktiviti pertahanan diri seperti silat.

2. Mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kumpulan nasyid,
    kompang, hadrah, berzanji, marhaban, kendarat dan lain-lain.

3. Mengadakan aktiviti rehlah, ekspidisi, mendaki, perkhemahan dan lain-lain.

4. Mengadakan aktiviti pendidikan seperti kelas bimbingan, kelas komputer, kelas
    tuisyen dan lain-lain.

5 .Mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi seperti mewujudkan pasukan bolasepak,
    pasukan sepak takraw, pasukan badminton, pasukan bola jaring, pasukan gasing,
    pasukan layang-layang, pasukan memanah, pasukan berkuda dan lain-lain.

6. Mengadakan aktiviti perkhidmatan dan kebajikan seperti kaunseling, fasilitatur,
    usrah dan lain-lain.

7. Mengadakan program khemah ibadah seperti tahsin solah dan bacaan al-Quran,
    zikir qiamulail dan sebagainya.


           Pelaksanaan Aktiviti Biro

Ahli jawatankuasa masjid dan surau diharapkan dapat menjalankan tugas dengan mengatur program dan aktiviti yang sesuai dijalankan di masjid dan surau masing-masing. Kemudian setelah mengenal pasti aktiviti yang hendak dijalankan barulah merangka program pembangunan, ekonomi dan kewangan untuk menjayakan program yang dirancang itu.

Insya Allah dengan keikhlasan dan niat yang murni untuk berkhidmat meninggikan syiar Islam itu kita akan terjauh daripada menimbulkan perkara-perkara yang telah berlalu yang telah dilakukan oleh jawatankuasa yang lalu sama ada dari segi pengurusan dan kewangan.




SURAU HAJI RIDUAN, LRG. ANGGERIK




SURAU HAJI MARZUKI, JLN DAHLIA


                  
                  SURAU HAJI USAP, JLN. MELOR



                    Aktiviti di dalam masjid
          Ceramah agama di Masjid dan surau








No comments:

Post a Comment