Thursday, 10 September 2015

ASPEK 7 : BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

ASPEK 7 : BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)


PENGENALAN

              Dalam kecanggihan masakini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi penting. Demikian juga dengan warga Sungai Kelambu, televisyen, radio dan telefon bukan lagi dikategorikan sebagai barang-barang mewah. Alat-alat tersebut merupakan suatu keperluan harian untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mengambil peluang serta tindakan dengan lebih cepat dan berkesan .

            Antara perkara yang paling penting ialah dengan adanya penerimaan internet yang baik dapat menjalankan urusan dengan lebih cepat dan pantas. Info yang ada masakini dapat segera diketahui dengan melayari internet. Kanak-kanak pun tidak asing lagi dengan penggunaan telefon pintar yang dapat menggunakan internet secara meluas. Dunia Tanpa Sempadan. Dalam masa yang sama juga ibubapa diminta memastikan agar anak-anak kita menggunakan kemudahan internet pada perkara yang baik dan berfaedah.

MEDAN INFO DESA


            JKKKP mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah kerana telah berbesar hati untuk membuka sebuah perpustakaan / mini pusat sumber yang terletak bersebelahan Dewan Seri Budiman. Dengan adanya pusat seumpama ini akan mendekatkan lagi masyarakat kampung kepada penggunaan kumputer sebagai suatu alat perhubungan  .

             Selain merupakan suatu tempat mendapatkan maklumat terkini, ianya juga telah menjadi sebagai Pusat Latihan Asas Kumputer. Penduduk kampung yang mengalami masalah pembelajaran berasaskan computer boleh datang untuk mendapatkan bimbingan ICT dari masa ke semasa.


                                    Antaranya :
·         MS Words 2013
·         MS Excel
·         MS Power Point
·         MS Publisher


        Selain daripada belajar bagaimana untuk memulakan komputer atau mengakses internet, pelangan yang datang boleh membaca buku-buku yang telah disediakan  di rak-rak buku.


          PEMILIKAN ALAT KOMPUTER (PC @ LAPTOP)

               Hampir 90% rumah di kampung ini mempunyai televisyen, radio dan telefon, sekurang-kurangnya sebuah atau dua telefon bimbit untuk sesebuah keluarga .

Bancian mendapati sebilangan besar rumah penduduk kampung mempunyai sekurang-kurangnya sebuat computer PC. 251 buah rumah memiliki computer peribadi, tidak termasuk Laptop ataupun jenis gedjet yang lainnya.

Pemilikan internet berkuasa tinggi seperti Wi-Fi juga telah banyak dimiliki oleh penduduk kampung ini. Lebih daripada 300 buah rumah yang memiliki rangkaian ASTRO .

                   Sekarang ini Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telah ketinggalan dan ianya perlu dibayar setiap kali menggunakannya. Terkini kiriman secara berchatting dalam Whatsapp ataupun WeChet merupakan suatu kaedah berhubung yang cepat berkesan dan ringkas. Oleh itu pihak JKKKP sendiri telah menwujudkan Group WhatSapp antara AJK yang boleh berkumunikasi sesama sendiri tidak mengira waktu. Maklumat atau mesej yang diterima akan mendapat tindakan segera .




          KESIMPULAN
           
            Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sekarang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Kepada mereka yang masih fobia untuk menggunakan teknologi ini akan ketinggalan. Adalah dengan ini diharapkan Biro ICT akan dapat memiliki sebuah bangunan untuk dijadikan Pusat Penyebaran Info terkini kampung kepada seluruh warga kampung dan masyarakat luar mengenai Kampung Sungai Kelambu. Secara tidak langsung semua urusan samada berkomunikasi hingga ke urusan jualbeli boleh dilakukan melalui cara berinternet ini.

No comments:

Post a Comment