ASPEK 6 : BIRO BELIA & SUKAN
Tn. Haji Dimyati@Timmiati b. Saparman
( Pengerusi JKKKP)
Penasihat
|
||
En. Mohd. Jupri b. Toroji
Pengerusi
|
||
En. Firdaus Abdullah b. Ismail
Setiausaha
|
||
En. Mohd Isa b. Sani
AJK
|
|
En. Zamani b. Sahni
AJK
|
En. Zulkigfli b. Fakeh
AJK
|
En. Zahrul b. Sahni
AJK
|
|
Pn. Rabiatul Adawiyah
bt. M. Arzani
AJK
|
AJK
|
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina
peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan
mewujudkan kesedaran terhadap perlunya
menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli.
2. Mengadakan aktiviti untuk
ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain.
3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program
pembangunan komuniti setempat.
4. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program
latihan kepimpinan, kemahiran dan
keusahawanan.
5. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan
dalam pelaksanaan program pembangunan belia.
MISI
v Menjadikan Persatuan Belia
sebuah Persatuan yang melahirkan pemimpin-pemimpin dari pelbagai bidang yang
dapat membantu dalam pembangunan Negara.
VISI
v Melahirkan masyarakat belia yang mempunyai wawasan dan
jati diri.
Ulasan
Dengan keperluan mendukung
pembangunan negara pada masa ini dan akan datang, belia adalah yang diharapkan
sebagai generasi harapan dalam pembangunan ini. Belialah yang akan mengambil
alih tanggungjawab dan tugas generasi sekarang untuk memimpin bangsa dan
membangun negara pada masa akan datang.
Belia merupakan aset yang amat
penting dan berharga bagi membantu meningkatkan kemakmuran sesebuah negara.
Melalui perancangan dan usaha-usaha kerajaan, adalah diharapkan kita mampu
melahirkan lebih banyak belia yang menyumbang kepada pembangunan negara secara
berkesan.
Memandangkan peranan belia yang
begitu besar dalam pembangunan negara, JKKKP Kampung Sungai Kelambu mengambil
langkah bersesuaian bagi memastikan bahawa golongan belia negara ialah golongan
belia yang berilmu, berkemahiran tinggi, berjaya dan berakhlak mulia dengan
mengambil langkah kearah mewujudkan sebuah Persatuan Belia yang berdaftar
secara sah, dengan nama KELAB BELIA SEMARAK pada tahun 2013.
No comments:
Post a Comment