Wednesday, 9 September 2015

ASPEK 4 : BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN KAMPUNG

ASPEK 4 : BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN KAMPUNG

Tn. Haji Dimyati@Timmiati b. Saparman
( Pengerusi JKKKP)
Penasihat
En. Hunaini b. Banuri
Pengerusi
En. Hasran b. Miskan
Setiausaha
Pn. Zalipah bt. Soyot   
Bhg. Kesihatan

En. Zamani b. Sahni
Bhg. Keceriaan
En. Mokhtar b. Kamsidi
Bhg. Kawasan/ Zon
En. Zahrul b. Sahni
Bhg. Landskap
En.
Wakil Pusat Kesihatan
En.
Wakil JBA/ Syabas
En.
Wakil TNB

Carta Organisasi Biro Kebersihan & Keceriaan Kampung


Objektif  :
                        Kecerian kampung merupakan antara Biro yang terdapat di dalam JKKKP
     dan diwujudkan dengan tujuan :

a)    Untuk menyatu padukan penduduk serta menyemai semangat bergotong-      royong dikalangan penduduk  kampung .

      b) Menwujudkan suasana persekitaran yang indah, bersih, selamat dan menyihatkan .
Untuk memudahkan pentadbiran, Kampung Sungai Kelambu dibahagikan kepada enam kawasan . Setiap kawasan mempunyai Pengerusi dan AJK  yang dilantik oleh penduduk di kawasan masing-masing .


4.1     Ketua-ketua Kawasan
        
Kawasan 1 :     En. Hunaini b. Banuri               

Kawasan 2 :     Tn. Hj. Sidek b. Paring              

Kawasan 3 :     En. Azman b. Hamzah

Kawasan 4 :     En. Ahmad Samsuddin b. Ahmad Sariman

Kawasan 5 :     En. Mohd. Jupri b. Toroji

Kawasan 6 :     En. Wagiran b. Sukar


4.2     Aktiviti Kawasan

                        Antara bentuk aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan ialah bergotong royong membersihkan bahu jalan, perparitan dan keindahan persimpangan jalan .






4.3 Bekalan air bersih :
             
               Berdasarkan dari pemantauan oleh JKKKP, menunjukkan bahawa hamper 100% penduduk di setiap buah rumah mempunyai bekalkan air bersih . Sumber bekalan adalah dibekalkan oleh pihak kerajaan melalui Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

4.4 Sistem sanitasi / pembuangan najis

            Sistem yang ada berdasarkan kepada keadaan rumah penduduk . Sebahagian besar penduduk membina tandas curah sendiri dan selebihnya menggunakan tandas pam . Sistem pembuangan najis lebih teratur dan bersih .

4.5 Sistem perparitan

             Longkang di jalan utama merupakan longkang simen yang telah dibina semasa pembinaan jalan baru . Terdapat juga kawasan kampong ini berada di kawasan tanah rendah, sekiranya hujan lebat yang luar biasa akan mengakibatkan banjir berlaku . Dengan adanya system perparitan yang dikawal selia oleh pihak JPS dapat mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku .

               Bagi peyelenggaraan parit-parit besar, pihak JKKKP mendapat kerjasama dari pihak berkuasa tempatan khususnya Jabatan Pengaliran & Saliran (JPS) . Kerja-kerja pembersihan itu dilaksanakan secara berjadual .

4.6  Kesihatan

               Kesihatan merupakan suatu perkara yang amat penting kepada masyarakat dan individu . Berdasarkan kepada perkara di atas, pihak JKKKP yakin bahawa perkara-perkara tersebut dapat menjadikan penduduk Kampung Sungai Kelambu menikmati kehidupan yang harmoni dan mendapat kesihatan yang baik dengan adanya tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.


4.7 Program Amalan Hidup Sihat

               Program amalan hidup sihat seperti aktiviti berbasikal, boling, badminton, bola sepak dan berjoging dilaksanakan oleh badan-badan sukarela dan pertubuhan belia kampong ini . Ada juga acara yang dijalankan pada setiap bulan .

               JKKKP juga terlibat bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan dengan mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma .

               JKKKP juga bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan mengadakan ceramah dan pameran Anti Dadah . Di setiap kawasan juga sering mengadakan rondaan sebelah malam untuk memastikan tiada aktiviti yang kurang sihat di kalangan penduduk kampong ini . Kesimpulannya kampong ini mencapai hampir “SIFAR’ dalam gajala penyalahgunaan dadah .


4.8 Keceriaan

               Program keceriaan ini dilakukan mengikut kawasan yang telah dibentuk oleh Biro JKKKP . Antara matlamat utama ialah mengujudkan suasana persekitaran yang bersih, indah dan menyihatkan . Justeru itu diadakan program gotong-royong kawasan . Pihak Biro juga pernah mengadakan pertandingan kebersihan kawasan. Gotong-royong ini melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok di persimpangan jalan .

               Atas usaha yang sama pihak JKKKP sentiasa memberi perhatian kepada keindahan. Tanda-tanda nama jalan telah dikemaskinikan dengan meletakkan papan tanda nama jalan di setiap persimpangan yang ada . Nama-nama bunga menjadi pilihan dalam memberikan tanda nama jalan . Terdapat juga penduduk menjalankan program Homestay secara persendirian walaupun tidak ramai yang mengusahakannya secara komersil .


Gambar rumah yang dijadikan Homestay Kampung Sungai Kelambu




3 comments:

  1. Ada orang melakukan penjual haram di dalam (kebun kelapa sawit Sungai kelambu ) boleh contact saya
    jazz:016 2635913

    ReplyDelete
  2. Ini lah lokasi

    https://maps.google.com/?q=2.790157,101.544664

    ReplyDelete
  3. https://maps.google.com/?q=2.800345,101.544356

    ReplyDelete