Thursday, 10 September 2015

Lagu Rasmi Kampung Sungai Kelambu

Lagu Rasmi Kampung Sungai Kelambu


KAMPUNG SUNGAI KELAMBU DI HATI


SG KELAMBU INDAH BERSERI
CANTIK DI PANDANG SETIAP HARI
RAKYATNYA MESRA DAN BAIK BUDI
JADI KEBANGGAAN KAMI DISINI

KAMI BERIKRAR PENUH SETIA
DEMI DESA YANG KAMI CINTA
SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SEMUA
SEMANGAT JAYA KAMI WARGANYA

MARI KITA BERSATU KATA
DOA HARAPAN UNTUK SEMUA
SATU SEMANGAT SATU SUARA
DEMI KITA BANGSA MERDEKA

SG KELAMBU KAMI BANGGA PADA MU
SG KELAMBU KAMI SEMUA BERSATU
PERPADUAN….KEIKHLASAN…..
AMALAN MURNI KAMI SEMUA

SG KELAMBU MAJULAH KEHADAPAN
SG KELAMBU MEMBENTUK WAWASAN
BERBAKTILAH…..BERDOALAH……
UNTUK KEJAYAAN KITA SEMUA

BERSATULAH……BERSATULAH…..BERSATULAH…….SUNGAI KELAMBU.

AKTIVITI BELIA KAMPUNG SUNGAI KELA

AKTIVITI BELIA

KAMPUNG SUNGAI KELAMBU



























                                                                                 PROGRAM BOWLING SEKAMPUNG







PROGRAM MARI MEMANCING








PROGRAM SENI MEMPERTAHANKAN
DIRI CHIMADI








ASPEK 9 : BIRO WANITA

ASPEK 9 : BIRO WANITA

Tn. Haji Dimyati@Timmiati b. Saparman
( Pengerusi JKKKP)
Penasihat
Pn. Sadiah bt. Salleh
Pengerusi
Pn. Jalipah bt. Soyot
Naib Pengerusi
Pn. Aisyah bt. Dahlan
Setiausaha
Pn. Markamah bt. Sinong
Bendahari
Pn. Suratmay bt. Sumiar
Biro Usahawan & Pertanian

Pn. Siti Zaharah bt. Mualit
Biro Kraftangan
Pn. Surilah Sani
Biro Pendidikan & Keceriaan
Pn. Hajjah Rabeah bt. Harun
Biro Agama & Kemasyarakatan
Pn. Rosiah bt. Leman
Biro Perkhidmatan
Pn. Norliza bt. Ngaderi
Biro Keahlian
 
                       Carta Organisasi Biro Wanita


           Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)

1. Membentuk pasukan kendarat atau rewang wanita.

2. Mengadakan kursus pertolongan cemas.

3. Mengadakan kursus pengurusan jenazah, kelas memasak, kelas
    jahitan, kelas kemahiran kraftangan dan pusat jagaan dan penyusuan anak.

4. Mengadakan usrah muslimah, kumpulan nasyid dan kesenian Islam, khidmat
    nasihat HELWA, kelas pengurusan rumahtangga dan lain-lain.

5. Melantik atau melaksanakan pengurusan jenazah wanita di kawasan kariah.

6. Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain, kelas al-Quran wanita, kelas berzanji
    dan marhaban, kumpulan Yasin dan tahlil, program ibu mithali, ibu tungal dan
    ziarah.
      KUMPULAN PENGEMBANGAN WANITA (KPW) SEJARAH PENUBUHAN KPW SUNGAI KELAMBU

          Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Sungai Kelambu telah ditubuhkan pada  tahun 1990. Baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 pada bulan Mei. Pada awalnya diasaskan oleh biro wanita JKKK Kampung Sungai Kelambu yang telah dipengerusikan oleh Puan Sareah bt. Johari. Peningkatan ahli seramai 120 orang baru dan 30 orang ahli lama terdiri daripada usahawan wanita, suri rumah, pegawai kerajaan dan swasta. Pertubuhan ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung, Arwah Tuan Haji Saian b. Samidi bertempat di Dewan Kampung Sungai Kelambu. Pegawai penyelaras pertubuhan ini adalah Puan Misnah Binti Mat Isa dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat.

             OBJEKTIF

             1. Menambahkan usahawan wanita yang berdaya saing dan produktif.

             2. Melengkapkan wanita dengan kecekapan kepimpinan dalam masyarakat tani              moden dan berkebolehan dalam mengunakan peralatan teknologi terkini.

             3. Mendapatkan peluang-peluang baru yang boleh diusahakan secara individu atau
                 berkumpulan untuk menambahkan hasil pendapatan sampingan.

             4. Berusaha menambah tabung KPW untuk kebajikan ahli.


                 MATLAMAT JANGKA PENDEK

            1. Meningkatkan pendapatan bulanan ahli yang terlibat dalam projek-projek ekonomi
                sebanyak RM 100 minima.

            2. Menggalakan ahli-ahli KPW menyertai kursus dan seminar anjuran kerajaan dan
                lain-lain pertubuhan.

            3. Mengadakan lawatan sambil belajar.


                MATLAMAT JANGKA PANJANG

            1. Menambah bilangan ahli sehingga 88% dari jumlah suri rumah dan beliawanis
                Sungai Kelambu untuk menyertai KPW.

            2. Menambahkan pengusaha produk makanan ringan yang berkualiti tinggi dan              dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara.

           3. Menambahkan dan mempelbagaikan hasil pengeluaran pusat kraf desa supaya          dapat dipasarkan di dalam dan luar negara.

           4. Menambahkan aktiviti-aktiviti pelancongan homestay bagi menarik pelancong.



               WAWASAN PERANCANGAN MASA DEPAN

           1. KPW Kampung Sungai Kelambu adalah satu-satunya kumpulan
               yang mempunyai pelbagai jenis makanan ringan seperti kerepek pisang dan ini
               juga dapat menambahkan hasil pendapatan ahlinya .

           2. Mengimarahkan bangunan seperti surau-surau yang sedia ada untuk ahli KPW
    menjalankan aktiviti berkumpulan seperti marhban, kelas jahitan dan mesra secara
    bergotong-royong apabila ada jamuan.

           3. Mempergiatkan program agro pelancongan dan homestay.

           4.  Menambahkan lagi promosi hasil-hasil makanan ringan berasaskan pisang .



                STRATEGI KUMPULAN

           1. Memastikan setiap ahli aktif dalam pelbagai bidang usaha secara individu atau           berkumpulan supaya terus mantap dan maju.

           2. Mempertingkatkan pelbagai latihan kepada ahli.

           3. Berusaha memperbanyakan aktiviti jualan.

           4. Meningkatkan kualiti pengeluaran yang terjamin.

           5. Mengamalkan kerja secara berkumpulan bagi menjamin perpaduan.


Tunggak KPW Kampung Sungai Kelambu 2015





Sambutan Ulangtahun 25 tahun Penubuhan KPW



AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014/15

Sambutan Hari Kemerdekaan :



Memasang Bendera Jalur Gemilang di sekitar kampung



 Pertandingan KPW (Kebangsaan)



 Ambang Kemerdekaan



Program Gotong-royong


Sambutan 25 tahun KPW (disebalik tabir)


Perasmian Koperasi Kampung Sungai Kelambu (MASKUB)


AJK Penaja Koperasi “MUAFAKAT ANAK-ANAK SUNGAI KELAMBU BERHAD”







ASPEK 8 : BIRO AGAMA

ASPEK 8 : BIRO AGAMA

Tn. Haji Dimyati@Timmiati b. Saparman
( Pengerusi JKKKP)
Penasihat
Puan Hajjah Robeah bt. Haji Harun
Pengerusi
En.
Setiausaha
Ust. Zainuddin b. Mardini
Nazir Masjid

En. A.Shamsuddin b. A. Sariman
Pengerusi Surau Hj. Usap
En. Saadon b. Saarin
Pengerusi Surau Hj. Marzuki
En. Mohd. Jufri b. Toroji
Pengerusi Surau Hj. Badawi

             Carta Organisasi Biro Agama

          Biro Pengimarahan Masjid/Surau

1. Memastikan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah dapat dijalankan dengan baik dan betul.

2. Mengadakan kelas Tahsin al-Quran untuk semua lapisan masyarakat termasuk
    pegawai masjid dan surau.

3. Menyusun dan mengatur kelas-kelas takmir dengan cekap.

4. Memastikan ahli-ahli kariah dapat hadir beramai-ramai semasa diadakan kelas
    takmir dan program membudayakan al-Quran dan as-Sunnah.

5. Mengadakan kursus pengurusan jenazah dan penglibatan dalam tajhiz mayat
    dengan mengadakan tahlil, bacaan Yasin dan sebagainya.

6. Memastikan kehadiran pegawai-pegawai masjid dan surau, mengadakan jadual
    kehadiran dan menjaga rekod cuti pegawai.

7. Memastikan pegawai masjid dan surau menghadiri kursus-kursus atau bengkel
    yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Selangor.

8. Mengadakan program-program bagi menghidupkan bulan ramadhan seperti
    tadarus, berbuka puasa, tazkirah, qiamulail, khatam al-Quran dan sebagainya.

9. Memastikan tazkir, tarhim dan azan dilaungkan menepati masa dan waktu solat
    oleh pegawai masjid dan surau yang bertugas.


           Biro Rakan Muda Masjid

1. Mengadakan aktiviti pertahanan diri seperti silat.

2. Mengadakan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kumpulan nasyid,
    kompang, hadrah, berzanji, marhaban, kendarat dan lain-lain.

3. Mengadakan aktiviti rehlah, ekspidisi, mendaki, perkhemahan dan lain-lain.

4. Mengadakan aktiviti pendidikan seperti kelas bimbingan, kelas komputer, kelas
    tuisyen dan lain-lain.

5 .Mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi seperti mewujudkan pasukan bolasepak,
    pasukan sepak takraw, pasukan badminton, pasukan bola jaring, pasukan gasing,
    pasukan layang-layang, pasukan memanah, pasukan berkuda dan lain-lain.

6. Mengadakan aktiviti perkhidmatan dan kebajikan seperti kaunseling, fasilitatur,
    usrah dan lain-lain.

7. Mengadakan program khemah ibadah seperti tahsin solah dan bacaan al-Quran,
    zikir qiamulail dan sebagainya.


           Pelaksanaan Aktiviti Biro

Ahli jawatankuasa masjid dan surau diharapkan dapat menjalankan tugas dengan mengatur program dan aktiviti yang sesuai dijalankan di masjid dan surau masing-masing. Kemudian setelah mengenal pasti aktiviti yang hendak dijalankan barulah merangka program pembangunan, ekonomi dan kewangan untuk menjayakan program yang dirancang itu.

Insya Allah dengan keikhlasan dan niat yang murni untuk berkhidmat meninggikan syiar Islam itu kita akan terjauh daripada menimbulkan perkara-perkara yang telah berlalu yang telah dilakukan oleh jawatankuasa yang lalu sama ada dari segi pengurusan dan kewangan.




SURAU HAJI RIDUAN, LRG. ANGGERIK




SURAU HAJI MARZUKI, JLN DAHLIA


                  
                  SURAU HAJI USAP, JLN. MELOR



                    Aktiviti di dalam masjid
          Ceramah agama di Masjid dan surau