ASPEK 1 : PENTADBIRAN
NAMA KAMPUNG : KAMPUNG SUNGAI KELAMBU
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
DAERAH KUALA LANGAT
MUKIM TANJUNG DUA BELAS 1
Organisasi JKKK(P) Kampung
Sungai Kelambu
JKKK(P)
ditubuhkan untuk memberi Khidmat Bakti kepada masyarakat kampung
serta
penghubung yang terdekat dan termudah antara rakyat dengan kerajaan .
Oleh kerana negeri Selangor
telah dikuasai oleh parti pembangkang maka kerajaan
Negeri pun berubah. Maka
dengan itu kerajaan Pusat yang merupakan penyambung itu
mewujudkan satu jawatankuasa
baru yang di panggil JKKK(P). Alhamdulilah kami
mengucapkan ribuan terima
kasih kerana diberi kepercayaan untuk terus menerajui
kepimpinan kampung ini
walaupun di bawah sebuah Kerajaan Negeri Pembangkang .
Setelah diberikan mandat
daripada kerajaan pusat barulah lantikan Jawatankuasa
JKKKP diadakan dengan
mengekalkan hampir keseluruhan ahli lama yang masih taat dan
setia. Perkara
ini hanya dapat dilakukan pendaftaran semula selepas bulan Mei 2008.
Langkah awal yang telah
diambil ialah menstrukturkan semula kepimpinan yang
sedia ada serta merubah
pusat beroperasi kerana Bilik Gerakan yang telah kami asaskan
buat sekian lama
telah diambil alih oleh pihak pembangkang . Dokumen-dokumen penting pentadbiran
yang lalu telah diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Ahli
jawatankuasa yang baru ini terpaksa mengemaskinikan semula Profail dan
fail-fail JKKK
yang masih boleh diguna pakai dan dipinda kepada fail-fail
JKKK(P) .
No comments:
Post a Comment